| Tarikh | : 07 September 2025 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : NADI Taman Pinggiran Delima |
KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN ATLET E-SUKAN
Tujuan :
E-Sport adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan kesihatan mental serta kesejahteraan dalam kalangan atlet e-sukan. Melalui platform podcast, program ini bertujuan membina kefahaman tentang cabaran psikologi yang dihadapi oleh pemain e-sukan dan menyediakan strategi pengurusan emosi, tekanan, serta keseimbangan gaya hidup bagi menyokong prestasi dan kesejahteraan menyeluruh.
Aktiviti :
Sesi podcast interaktif yang menampilkan pakar psikologi sukan, atlet e-sukan profesional, dan pengamal kesihatan. Perbincangan merangkumi topik seperti pengurusan stress ketika pertandingan, kepentingan rehat dan tidur, serta cara mengekalkan keseimbangan antara latihan dan kehidupan peribadi. Pendengar turut berpeluang mengemukakan soalan serta berkongsi pengalaman melalui sesi soal jawab secara langsung atau platform dalam talian yang disediakan.