mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER BIL 9/2025

Tarikh: 16, 21 & 28 Oktober 2025 (Isnin & Khamis)
Masa: 10:00 pagi – 11:30 tengahari
Lokasi: NADI Taman Pinggiran Delima

NADI x KEUSAHAWANAN COHORT 5 :
WEBINAR – PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN,
PODCAST EMPOWHER – INSPIRASI DI SEBALIK RASA &
PODCAST NADIPRENEUR – TEKNOLOGI DALAM DUNIA USAHAWAN

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk memperkasa komuniti dengan ilmu keusahawanan yang praktikal dan relevan, khususnya dalam bidang pemasaran, operasi perniagaan, serta penggunaan teknologi dalam dunia usahawan. Melalui pendekatan yang inklusif dan digital, program ini menyasarkan golongan muda dan peserta tempatan untuk membina keyakinan, memperluas jaringan, dan mengasah kemahiran yang boleh diterapkan dalam perniagaan sebenar.

Aktiviti :

Sepanjang bulan Oktober, peserta Cohort 5 disajikan dengan rangkaian kandungan interaktif seperti Webinar Atas Talian 2 bertemakan “Pemasaran & Operasi Perniagaan” pada 16 Oktober 2025, tontonan Video Pra-Latihan, serta dua episod podcast inspirasi iaitu Empower pada 21 Oktober 2025 yang menyentuh kisah kejayaan, dan NADIPreneur pada 28 Oktober 2025 yang membincangkan peluang serta cabaran teknologi dalam keusahawanan. Semua aktiviti ini dirancang untuk memberi pendedahan, motivasi, dan ilmu yang boleh terus diaplikasikan oleh peserta.