mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER BIL 6/2025

Tarikh: 11 & 13 Oktober 2025 (Isnin & Sabtu)
Masa: 10:00 pagi – 11:00 tengahari
Lokasi: NADI Taman Pinggiran Delima

NADI x KIDVENTURE : COHORT 6
WEBINAR : PELAN PERNIAGAAN PINTAR SAYA

VIDEO : PERANCANGAN PERNIAGAAN & KEWANGAN

Tujuan:

Kidventure Cohort 6 kali ini membawakan Webinar “Pelan Perniagaan Pintar Saya” bertujuan bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada usahawan muda tentang cara menyusun pelan perniagaan yang sistematik dan efektif. Dengan memahami asas-asas perancangan perniagaan, peserta dapat mengasah kemahiran pengurusan, strategi pemasaran, dan pengurusan kewangan awal yang penting untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka secara berkesan dan berdaya saing. Webinar ini juga bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis agar para peserta lebih bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan sebenar.

Aktiviti:

Sepanjang webinar “Pelan Perniagaan Pintar Saya”, peserta akan menjalani sesi penerokaan idea perniagaan secara kreatif melalui aktiviti seperti lakaran model perniagaan, simulasi pelanggan, dan permainan peranan sebagai usahawan. Mereka akan dibimbing untuk mengenal pasti masalah sebenar yang boleh diselesaikan melalui produk atau perkhidmatan mereka, serta menyusun strategi asas seperti penetapan harga, saluran promosi dan pengurusan kos. Aktiviti turut diselitkan dengan sesi refleksi dan pembentangan ringkas bagi menggalakkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi dalam menyampaikan pelan perniagaan secara jelas dan meyakinkan.