mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER BIL 5/2025

Tarikh: 10 & 24 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 petang – 4:30 petang
Lokasi: NADI Taman Pinggiran Delima

NADI x CYBERSECURITY : WEBINAR ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM LIVE DEMO CARD CLONNING & TRACKER GADGET SLOT 1 & 2

Tujuan:

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko keselamatan siber di tempat awam dengan memberi pendedahan praktikal mengenai teknik ancaman seperti pengklonan kad dan penggunaan alat pengesan, sekaligus memperkukuh amalan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

Peserta akan menyaksikan demonstrasi secara langsung mengenai bagaimana pencurian data berlaku melalui kaedah “card cloning” dan penggunaan tracker gadget. Sesi ini berlangsung secara maya di platform LMS Cybersecurity dan terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar, menyediakan ruang untuk pembelajaran interaktif serta dialog mengenai cara menangani ancaman siber dengan lebih berkesan.