mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS BIL 2/2025

Tarikh: 11, 12, 14 & 15 Ogos 2025
Masa: 3:30 petang – 4:30 petang
Lokasi: NADI Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Kelas Live Class yang dianjurkan oleh NADI DILEA bagi pelajar Tingkatan 5 bertujuan untuk menyediakan sokongan akademik tambahan dalam subjek-subjek teras seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan kelas secara langsung, program ini membantu pelajar memahami topik-topik penting dengan lebih berkesan serta memberi peluang untuk berinteraksi terus dengan guru.  


Aktiviti :

Dalam kelas Live Class ini, pelajar akan mengikuti pembelajaran yang berfokus kepada pengukuhan konsep dan latihan subjek-subjek utama. Setiap sesi dijalankan selama satu jam, kelas ini merangkumi pengajaran interaktif oleh guru serta sesi soal jawab secara langsung. Pelajar akan diberi peluang untuk memahami konsep-konsep penting melalui penerangan yang jelas serta disertakan dengan contoh soalan dan latihan.