Tajuk | AI untuk Rakyat |
Tarikh | 18 Mei 2025 (Ahad) |
Masa | 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan akses kepada teknologi dan internet, terutama bagi komuniti luar bandar. Ia juga bagi meningkatkan penglibatan komuniti dalam memanfaatkan teknologi digital untuk kesejahteraan bersama. Program ini menyediakan platform komunikasi bagi masyarakat untuk berkongsi pendapat dan mengenal pasti isu setempat.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang berlangsung dalam sesi ini termasuk ucapan aluan daripada pegawai penerangan dan pihak NADI bagi pembentangan maklumat mengenai fungsi NADI dan perkhidmatan pintar yang ditawarkan. Pihak NADI juga mengajar serba sedikit pembelajaran AI untuk rakyat seperti menggunakan copilot sebagai platform untuk mendapatkan format minit mesyuarat. Komuniti juga diberikan aktiviti untuk membuat contoh minit mesyuarat bagi lebih memahami sesi pembelajaran. Selepas itu sesi soal jawab diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti mendapatkan maklumat lanjut. Aktiviti lain juga diadakan seperti saringan kesihatan bagi komuniti yang hadir. Program bagi kanak-kanak juga turut diadakan iaitu pertandingan mewarna bertemakan sempena hari guru tahun ini. Akhir sekali acara bergambar dan jamuan makan sebagai penutup program bersama komuniti. Program ini memberikan manfaat besar kepada komuniti dengan memperkukuh hubungan antara masyarakat tidak mengira umur mahupun bangsa dan pihak berkaitan serta meningkatkan kesedaran digital.