Tajuk | Komuniti Madani: Keselamatan Siber |
Tarikh | 17 Mei 2025 (Sabtu) |
Masa | 8:00 pagi – 2:00 petang |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan
Webinar “Keselamatan Siber” yang dianjurkan oleh NADI ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan komuniti madani dalam bidang keselamatan siber. Ia memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang dan strategi yang boleh membantu komuniti membina kerjaya dalam industri keselamatan siber, serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dalam kalangan komuniti.
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan berkaitan keselamatan siber, dengan tumpuan kepada aspek penting yang relevan kepada komuniti, termasuk cara melindungi data peribadi, mengenali ancaman siber, dan langkah-langkah proaktif untuk kekal selamat dalam talian. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina, namun diutamakan kepada komuniti madani yang berminat untuk menceburi bidang ini.