Asas ICT: Mendaftar E-mel
Tarikh |
: 11 Mei 2024 (Sabtu) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima |
Tujuan:
Untuk membimbing pelajar atau peserta dalam proses pendaftaran dan penggunaan e-mel dengan betul. Ia bertujuan memastikan mereka memahami cara-cara mengurus akaun e-mel, menetapkan kata laluan yang selamat, serta mengenali fungsi-fungsi asas seperti menghantar, menerima, dan mengarkibkan e-mel.
Aktiviti:
Melibatkan penerangan langkah-langkah mendaftar akaun e-mel, panduan menetapkan kata laluan yang selamat, demonstrasi cara mengakses dan mengurus akaun e-mel.