| Tarikh | : 07, 14 & 21 Mac 2026 (Sabtu) |
| Masa | : 10 – 11.30 pagi |
| Lokasi | :NADI Taman Pinggiran Delima |
TINY TECHIES’
ULANGKAJI MICRO:BIT & ROBOTIK
ULANGKAJI (ATAS TALIAN) PYTHON, HTML & SQL
Tujuan :
Program Tiny Techies’ ini bertujuan mengukuhkan pemahaman peserta tentang asas Micro:bit, robotik, dan pengaturcaraan melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk mengulang kaji kemahiran Python, HTML, dan SQL, serta mengaplikasikan konsep pengaturcaraan dalam robotik dan projek digital, sekaligus meningkatkan kreativiti, logik, dan kefahaman teknologi dalam kehidupan seharian serta industri digital masa depan.
Aktiviti :
Peserta dibimbing melalui sesi praktikal dan interaktif menggunakan Micro:bit dan platform robotik, termasuk pengaturcaraan asas, penggunaan sensor, dan pengendalian robot dalam aktiviti mini. Selain itu, peserta mengulang kaji dan mengaplikasikan konsep Python, HTML, dan SQL melalui projek mudah dan latihan hands-on. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal dan pemikiran logik, tetapi juga memupuk minat terhadap STEM, teknologi digital, dan inovasi kreatif.