mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL BIL 6/2024

E-Pembelajaran: Kemaskini Akaun Jobstreet Online

Tarikh

: 15 April 2024 (Isnin)

Masa

: 10:00 Pagi – 11:00 Pagi

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Memudahkan peserta memperbaharui maklumat peribadi dan profesional mereka di platform pekerjaan tersebut. Ini penting untuk memastikan profil mereka sentiasa terkini dan relevan dengan keperluan pasaran kerja.


Aktiviti

Peserta diajar langkah-langkah untuk mengakses dan menggunakan sistem iaitu termasuk log masuk ke dalam akaun Jobstreet, navigasi antara muka pengguna, dan pengisian maklumat yang diperlukan.