STEM & IOT: Elektrostatik Belon
Tarikh |
: 15 Jun 2024 (Sabtu) |
Masa |
: 2:30 Petang – 4:30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima |
Tujuan:
Untuk memberi pemahaman kepada pelajar mengenai prinsip dasar dalam bidang elektrostatik menggunakan konsep belon sebagai alat demonstrasi utama.
Aktiviti:
Melibatkan eksperimen mudah menggunakan belon untuk menunjukkan konsep elektrostatik. Dalam aktiviti ini, pelajar akan menggosok belon pada rambut atau kain wol untuk menghasilkan cas elektrik statik. Kemudian, mereka akan melihat bagaimana belon yang dicas boleh menarik objek ringan seperti kertas kecil.