mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN BIL 5/2025

Tajuk: NADI DILEA
Tarikh: 21 Jun 2025
Masa: 2:30 petang – 4:30 petang
Lokasi: NADI Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Webinar Berkala Matematik anjuran NADI DILEA ini dirangka khas untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 menguasai subjek Matematik dengan lebih strategik dan berfokus. Melalui sesi ini, pelajar akan menerima pendedahan kepada teknik menjawab yang efektif, bimbingan berasaskan topik penting, serta latihan yang berorientasikan format sebenar peperiksaan SPM.

Aktiviti

Dalam Edisi 2 Webinar Berkala Matematik ini, pelajar akan diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan SPM bagi Kertas 1 dan Kertas 2 secara lebih mudah dan berkesan. Sesi ini memberi tumpuan kepada strategi menjawab soalan berasaskan format peperiksaan sebenar, lengkap dengan latihan dan ulang kaji topik-topik penting. Webinar ini juga dijalankan secara langsung (live) selama dua jam, bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang, membolehkan pelajar berinteraksi secara terus dengan penceramah, bertanya soalan dan mendapatkan maklum balas serta-merta. Pendekatan interaktif ini bukan sahaja membantu pelajar memahami konsep dengan lebih jelas, malah meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih bersedia.