Asas ICT: Hour of Code Combat
Tarikh |
: 8 Jun 2024 (Sabtu) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima |
Tujuan:
Memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada asas pengaturcaraan melalui pengalaman bermain permainan interaktif. Menerusi aktiviti ini, pelajar akan belajar konsep asas pengaturcaraan seperti algoritma, logik berfikir, dan penyelesaian masalah, yang penting untuk membangunkan kemahiran digital mereka.
Aktiviti:
Pelajar diajar untuk menyelesaikan cabaran dalam permainan dengan menggunakan kod pengaturcaraan yang mudah difahami, memupuk minat mereka dalam teknologi sambil memperluaskan pengetahuan mereka dalam domain ICT.