Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN BIL 3/2024

Asas ICT: Pengendalian Komputer

 

Tarikh

: 7 Jun 2024 (Jumaat)

Masa

: 2:30 petang – 4:30 petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima

Tujuan:

Untuk memperkenalkan asas-asas penggunaan komputer dan teknologi maklumat kepada pelajar. Melalui pendekatan interaktif seperti permainan Kahoot, pelajar dapat belajar dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.


Aktiviti:

Aktiviti utama dalam kelas ini termasuk pengenalan asas kepada perkakasan dan perisian komputer, penggunaan aplikasi asas seperti pemproses kata dan pelayar web, serta kuiz interaktif menggunakan platform Kahoot untuk menguji pemahaman pelajar.