| Tarikh | 11, 13, 15, 22, 27 & 29 January 2026 |
| Masa | 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
| Lokasi | NADI Taman Pinggiran Delima |
NADI x ENTREPRENUER (NADIPRENEUR & EMPOWERHER) :
- VIDEO PRA LATIHAN PERANCANGAN PERNIAGAAN “CERITA BISNES PAK ABU”
- VIDEO PRA LATIHAN PERANCANGAN KEWANGAN “MEMULAKAN PERNIAGAAN”
- WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN & KEWANGAN
- VIDEO PASCA-LATIHAN PERANCANPODCAST
- VIDEO PASCA-LATIHAN PERANCANGAN PERNIAGAAN & KEWANGAN
Tujuan :
Program NADI x Entreprenuer (Nadipreneur & Empowerher) bertujuan untuk memperkasa komuniti dengan ilmu asas perancangan perniagaan dan kewangan secara praktikal serta mudah difahami. Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk membina keyakinan, meningkatkan pengetahuan, dan mengaplikasikan strategi perniagaan yang mampan bagi menjana pendapatan serta menyokong pembangunan ekonomi setempat.
Aktiviti :
Aktiviti merangkumi penghasilan Video Pra Latihan seperti “Cerita Bisnes Pak Abu” untuk perancangan perniagaan dan “Memulakan Perniagaan” bagi perancangan kewangan, diikuti dengan Webinar interaktif yang membimbing peserta secara langsung dalam kedua-dua aspek tersebut. Selain itu, Podcast disediakan sebagai medium santai untuk perkongsian pengalaman dan inspirasi, manakala Video Pasca-Latihan berfungsi sebagai panduan lanjutan untuk mengukuhkan kefahaman peserta terhadap Perancangan Perniagaan dan Kewangan.