Tajuk | Program Tiny Techies – HTML |
Tarikh | 27 April 2025 |
Masa | 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Program Tiny Techies: HTML bertujuan untuk memperkenalkan asas pembangunan laman web menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini dirangka untuk memupuk minat dalam bidang teknologi maklumat serta membina kemahiran asas yang boleh digunakan dalam projek pembelajaran digital dan kreatif.
Aktiviti
Dalam program ini, pelajar didedahkan kepada pengenalan dan asas kod HTML seperti penggunaan tag-tag utama, struktur asas laman web, serta bagaimana untuk membina laman web ringkas. Sesi ini turut melibatkan aktiviti menaip kod secara langsung (hands-on coding) dengan bimbingan mentor, di samping tunjuk cara secara visual menggunakan komputer. Pelajar juga diberi tugasan kecil membina halaman web mereka sendiri bagi mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran digital tetapi juga menggalakkan kreativiti dan penyelesaian masalah dalam kalangan peserta.