mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL BIL 10/2025

TajukPertandingan NADI E-Sukan Musim Kedua
Tarikh19 April 2025
Masa12:00 tengahari – 5:00 petang
TempatNADI Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Pertandingan NADI E-Sukan Musim Kedua ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi para peserta di Negeri Selangor untuk bersaing dalam permainan Mobile Legends, sambil mengasah kemahiran e-sukan mereka. Program ini juga memberi peluang kepada para pemain untuk menunjukkan kecemerlangan dalam permainan berpasukan dan menggalakkan penyertaan belia dalam dunia e-sports.

Aktiviti

Pada 19 April 2025, pertandingan peringkat kumpulan akan menyaksikan pasukan-pasukan bersaing untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya dalam acara Mobile Legends. Setiap pasukan perlu menunjukkan kemahiran strategi, kerjasama, dan kecekapan dalam permainan untuk mencapai kemenangan. Selain pertandingan, peserta juga berpeluang berinteraksi dengan komuniti e-sukan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang permainan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan penyertaan dalam dunia e-sukan di kalangan belia, serta membuka peluang kepada mereka untuk mengejar kerjaya dalam industri ini.