Tajuk | NADI Cyber Security – Webinar “Tektik Penipuan Siber” |
Tarikh | 19 April 2025 |
Masa | 12:00 tengahari – 5:00 petang |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berumur 13 tahun ke atas tentang taktik penipuan siber yang semakin berleluasa seperti panggilan palsu, SMS penipuan, dan penyalahgunaan kod TAC. Peserta akan didedahkan dengan kaedah penipuan yang sering digunakan oleh scammer dan langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi diri mereka dan orang sekeliling.
Aktiviti
Program ini akan dijalankan secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams pada 19 April 2025 dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Sepanjang sesi, peserta akan didedahkan dengan pelbagai bentuk taktik penipuan siber seperti panggilan palsu, SMS penipuan, dan penyalahgunaan kod TAC. Aktiviti meliputi penerangan visual mengenai modus operandi scammer, perkongsian kes-kes sebenar yang pernah berlaku, demonstrasi mengenal pasti pautan dan panggilan mencurigakan, serta sesi soal jawab interaktif bagi memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan secara langsung.