Tajuk | NADI Cyber Security – Webinar “Jenayah Siber” |
Tarikh | 18 April 2025 |
Masa | 3:00 – 4:00 petang |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar berumur 7 hingga 12 tahun mengenai bahaya penipuan di internet dan pentingnya melindungi maklumat peribadi mereka. Ia memberi kesedaran awal tentang jenayah siber dan menggalakkan amalan keselamatan dalam talian sejak usia muda.
Aktiviti
Program ini akan dijalankan secara dalam talian melalui Microsoft Teams pada 18 April 2025 dari pukul 3:00 hingga 4:00 petang. Sepanjang sesi, pelajar akan didedahkan kepada contoh-contoh penipuan yang sering berlaku dalam talian, cara mengenal pasti cubaan penipuan, dan langkah-langkah melindungi data diri mereka. Aktiviti disesuaikan agar bersifat interaktif dan mudah difahami oleh golongan pelajar sekolah rendah.