mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL BIL 5/2025

TajukNADI Cyber Security- Webinar “Keselamatan Siber untuk Wanita”
Tarikh18 April 2025
Masa3:30 – 5:00 petang
TempatNADI Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Webinar “Keselamatan Siber untuk Wanita” yang dianjurkan oleh NADI ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang keselamatan siber. Ia memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang dan strategi yang boleh membantu wanita membina kerjaya dalam industri keselamatan siber, serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dalam kalangan peserta wanita.

Aktiviti

Webinar akan diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom pada hari Jumaat, 18 April 2025 dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Peserta akan diberi pendedahan berkaitan keselamatan siber, dengan tumpuan kepada aspek penting yang relevan kepada wanita, termasuk cara melindungi data peribadi, mengenali ancaman siber, dan langkah-langkah proaktif untuk kekal selamat dalam talian. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina, namun diutamakan kepada wanita yang berminat untuk menceburi bidang ini.