Tajuk | NADI Dilea – Webinar Berkala Sejarah |
Tarikh | 12 April 2025 |
Masa | 2:30 – 4:30 petang |
Tempat | NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Webinar Berkala Sejarah anjuran NADI DILEA ini dirancang khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 dengan matlamat untuk memperkasakan kemahiran belajar dan pemahaman sejarah secara lebih strategik dan berkesan. Melalui sesi ini, pelajar didedahkan kepada pendekatan pembelajaran yang lebih tersusun menggunakan kaedah pembacaan aktif serta teknik mencatat nota yang terbukti berkesan. Webinar ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar terus daripada guru pakar dalam mata pelajaran Sejarah, iaitu Cikgu Faris, yang merupakan Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor
Aktiviti
Dalam edisi pertama webinar ini yang berlangsung pada 12 April 2025, pelajar akan didedahkan kepada dua komponen penting pembelajaran iaitu Kaedah Pembacaan Aktif SQ3R dan Pengambilan Nota Sistem Cornell. Kaedah SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review) membantu pelajar untuk memahami dan mengingati isi kandungan sejarah dengan lebih sistematik, manakala sistem Cornell pula melatih pelajar mencatat nota secara efektif dan mudah dirujuk. Webinar ini dijalankan secara langsung (live) selama dua jam, dari 2.30 petang hingga 4.30 petang, memberi ruang kepada pelajar untuk mengikuti secara interaktif dan bertanya soalan terus kepada penceramah.