Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Hulu Langat yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Hutan Lipur Sungai Congkak
Sungai Congkak merupakan satu tempat untuk merehatkan diri daripada kesibukan kota dan kerja. Tempat ini sangat terkenal di kalangan warga Selangor mahupun Kuala Lumpur. Ia sudah pastinya merupakan pilihan para pengunjung untuk merehatkan diri setelah menghadapi kesibukan bekerja di kota dan pekan.
Aktiviti riadah ini boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan juga sahabat handai masing-masing. Kawasan ini mampu memuatkan ramai orang pada satu masa kerana kawasannya yang cukup luas dan dijaga rapi. Air sungai yang mengalir juga sangat jernih dan cetek, sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda di sini.
Gunung Nuang
Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik pertemuan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki. Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
SKYTREX Adventure Sg Congkak
Skytrex Adventure Sg Congkak menyediakan dan menganjurkan aktiviti luar ‘eko-rekreasi merangkap pendidikan’ yang akan membawa peserta dari pokok ke pokok melalui beberapa siri halangan udara yang digantung pada 5 meter hingga 22 meter di udara.
Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Skytrex Adventure Sg Congkak ialah tempat di mana anda boleh menikmati trekking hutan dari tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Uji ketangkasan anda, cabar ketakutan anda, berjalan, merangkak, meluncur dan hayun melalui cabaran mereka yang berbeza di langit, dalam keselamatan sepenuhnya sambil menghargai keajaiban Hutan Hujan Tropika Malaysia.
(Sumber : Majlis Daerah Hulu Langat, laman web Majlis Daerah Hulu Langat dan Penduduk Tempatan)