Tarikh | : 8, 11, 15, 16, 18, 22 & 25 Julai 2025 |
Masa | : 10:30 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Pinggiran Delima |
Tujuan :
Tujuan utama NADI x Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang pelbagai aspek kesihatan fizikal, mental, dan sosial melalui pendekatan yang inklusif dan mudah diakses. Dengan menampilkan topik seperti ADHD, menopaus, perancangan keluarga, dan kesihatan warga emas, program ini menyokong kesejahteraan komuniti melalui pendidikan kesihatan yang relevan dan berterusan, selaras dengan tema seperti NadiCARE, MenWELL, dan FlourisHER.
Aktiviti
Antara aktiviti NADI x Kesejahteraan Kendiri ini merangkumi pelbagai bentuk penyampaian seperti Podcast, Webinar, Tips Kesihatan, dan panduan kesejahteraan fizikal. Setiap hari menampilkan topik berbeza yang disampaikan oleh pakar melalui sesi interaktif dan santai, termasuk demonstrasi, perkongsian pengalaman, dan soal jawab. Kalendar ini juga menyelaraskan kandungan dengan sambutan kesihatan global seperti World Population Day dan World Hepatitis Day, menjadikan setiap aktiviti lebih bermakna dan berimpak tinggi kepada penonton.