mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI BIL 5/2025

TajukPenipuan Siber
Tarikh10 Mei 2025
Masa10:00 pagi – 11:30 pagi
TempatNADI Taman Pinggiran Delima

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar berumur 7 hingga 12 tahun mengenai bahaya penipuan di internet dan pentingnya melindungi maklumat peribadi mereka. Ia memberi kesedaran awal tentang jenayah siber dan menggalakkan amalan keselamatan dalam talian sejak usia muda.


Aktiviti

Program ini akan dijalankan secara dalam talian melalui Microsoft Teams pada 10 Mei 2025 dari pukul 10:00 pagi hingga 11:30 pagi. Sepanjang sesi, pelajar akan didedahkan kepada contoh-contoh penipuan yang sering berlaku dalam talian, cara mengenal pasti cubaan penipuan, dan langkah-langkah melindungi data diri mereka. Aktiviti disesuaikan agar bersifat interaktif dan mudah difahami oleh golongan pelajar sekolah rendah.