mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

GUNUNG NUANG

Gunung Nuang

Gunung Nuang, dengan ketinggian 1,493 meter, merupakan puncak ketiga tertinggi di Selangor. Ia boleh didaki dari tiga arah: Kuala Pangsoon di Hulu Langat, Kampung Kemensah di Gombak, dan Bukit Tinggi di Bentong, Pahang. Puncaknya terletak di sempadan negeri Selangor dan Pahang, dan titik pertemuan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang. Laluan pendakian yang mencabar ini bukan sahaja menguji stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memberi peluang kepada pendaki untuk memperbaiki tahap kecergasan mereka.

Bayaran Masuk: RM2.00
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang
Alamat: Taman Eko Rimba Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor