mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

HUTAN LIPUR SUNGAI TEKALA

Hutan Lipur Sungai Tekala

Hutan Lipur Sungai Tekala, yang terletak kira-kira 13 km dari Bandar Semenyih, merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Sungai Lalang. Ia menawarkan suasana tenang dengan kemudahan asas seperti tempat berkelah dan laluan hutan. Kawasan ini terkenal dengan hutan dipterokarpa tanah pamah yang masih kekal asli, menjadikannya tempat kegemaran penduduk tempatan untuk melancong dan berkelah di sepanjang sungai yang cantik.

Bayaran Masuk: RM1.00 (Dewasa), RM0.50 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 7.00 malam

Alamat: Semenyih, Selangor