Asas ICT: Pengenalan kepada Internet
Tarikh |
: 9 Mei 2024 (Khamis) |
Masa |
: 3:00 petang – 4:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima |
Tujuan:
Memberikan pemahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan penggunaan internet. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengenali fungsi asas internet, cara mengakses dan melayari laman web, serta memahami kepentingan keselamatan siber.
Aktiviti:
Melibatkan sesi ceramah mengenai konsep asas internet, latihan melayari laman web, dan penggunaan enjin carian. Peserta juga diajar langkah-langkah keselamatan siber dan soal jawab untuk memastikan pemahaman yang mendalam.