Kemudahan awam yang terdapat di Hulu Langat boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti perpustakaan desa, dewan serbaguna, padang bola, jalanraya berturap, pondok bas, pengangkutan awam, surau dan masjid turut terdapat di kawasan Hulu Langat.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan ini, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Hulu Langat dan di kawasan Bukit Nanding.
Padang Bola Batu 14 Hulu Langat