| Tarikh | : 07,14 & 28 Mac 2026 (Sabtu) |
| Masa | : 9:00 pagi – 1:00 tengahari |
| Lokasi | : NADI Taman Pinggiran Delima |
NADI x ESPORT: WEBINAR
Tujuan :
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pemain e-sukan. Melalui pendekatan interaktif dan praktikal, peserta didedahkan kepada strategi menjaga kesejahteraan tubuh, pengurusan tekanan, pemulihan mental, serta amalan gaya hidup sihat untuk menyokong prestasi optimum dalam dunia e-sukan.
Aktiviti :
Webinar interaktif ini menampilkan sesi praktikal seperti senaman ringan, teknik pengurusan stres, dan panduan pemakanan seimbang khusus untuk pemain e-sukan. Peserta juga didedahkan kepada strategi membina rutin harian yang menyokong keseimbangan fizikal dan mental, sekaligus memupuk disiplin diri dan daya tahan emosi dalam menghadapi cabaran kompetitif e-sukan.