| Tarikh | 09 January 2026 (Jumaat) |
| Masa | 10:30 pagi – 12:00 tengahari |
| Lokasi | NADI Taman Pinggiran Delima |
NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI : WEBINAR MLBB, ROBLOX, GENSHIN…NAK LEVEL UP DALAM GAME ATAU DALAM HIDUP?
Tujuan :
NADI x Kesejahteraan Kendiri : Webinar “MLBB, Roblox, Genshin, Nak Level Up Dalam Game Atau Dalam Hidup?” bertujuan untuk membimbing golongan muda agar lebih sedar tentang keseimbangan antara dunia digital dan kehidupan sebenar. Melalui pendekatan neuroscience, program ini mengajak peserta mengenal potensi diri, mengurus emosi, dan membina kemahiran hidup yang mampan dengan menjadikan minat terhadap permainan digital sebagai pintu masuk kepada pembangunan kendiri yang lebih holistik dan bermakna.
Aktiviti :
Webinar ini menampilkan sesi perkongsian oleh Cik Jasmine Hazel Mohd Nasir, seorang neuroscience coach, yang akan mengupas bagaimana elemen dalam permainan seperti strategi, fokus, dan ketahanan mental boleh diterjemahkan kepada kemahiran hidup sebenar. Aktiviti interaktif seperti refleksi kendiri, soal jawab langsung, dan panduan praktikal kesejahteraan akan diselitkan bagi membantu peserta mengenal corak pemikiran mereka dan menetapkan matlamat yang lebih seimbang antara hiburan dan pembangunan diri.