| Tarikh | 09 & 16 January 2026 (Jumaat) |
| Masa | 10:00 pagi – 11:30 tengahari |
| Lokasi | NADI Taman Pinggiran Delima |
NADI x E-SPORT :
– KELAS KESEDARAN : PENGENALAN E-SUKAN – DARIPADA HOBI KEPADA PROGRAM KOMPETITIF BERSTRUKTUR
– KELAS KESEDARAN : ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN
Tujuan :
Kelas Kesedaran NADI x E-Sport bertujuan untuk membuka ruang kepada belia dan komuniti memahami potensi E-Sukan sebagai satu bidang pembangunan diri dan kerjaya. Program ini memperkenalkan struktur pertandingan yang tersusun, nilai disiplin, dan elemen kesedaran dalam dunia E-Sukan, sekaligus mengubah persepsi bahawa E-Sukan bukan sekadar hiburan tetapi satu platform pembelajaran dan pembangunan berterusan.
Aktiviti :
Program ini merangkumi tayangan video interaktif, penerangan modul kesedaran, dan pengenalan kepada format pertandingan berperingkat yang digunakan dalam NADI E-Sukan. Peserta akan didedahkan kepada peraturan asas, sistem pemantauan pemain, serta peluang untuk menyertai program pembangunan lanjutan. Aktiviti turut disusun bagi membina kefahaman tentang etika permainan, pengurusan masa, dan potensi kerjaya dalam industri E-Sukan secara berstruktur dan berimpak tinggi.