| Tarikh | 03 & 10 January 2026 (Sabtu) |
| Masa | 2:30 petang – 4:30 petang |
| Lokasi | NADI Taman Pinggiran Delima |
NADI x DILEA : WEBINAR BERKALA SAINS EDISI 1 & 2
Tujuan :
NADI x Dilea : Webinar Berkala Sains Edisi 1 bertujuan untuk memperkukuh pemahaman pelajar Tingkatan 1 hingga 3 terhadap konsep asas respirasi dalam subjek Sains. Program ini dirangka bagi menyokong pembelajaran formal dengan pendekatan interaktif dan mudah difahami, sekaligus membina minat pelajar terhadap bidang sains melalui penerangan yang relevan dan menyeronokkan.
Aktiviti :
Sepanjang sesi webinar yang berlangsung selama dua jam, pelajar akan didedahkan kepada penerangan visual dan demonstrasi ringkas berkaitan proses respirasi oleh Cikgu Sorfian. Aktiviti turut merangkumi sesi soal jawab, kuiz interaktif, dan perkongsian aplikasi respirasi dalam kehidupan seharian. Pelajar digalakkan untuk berinteraksi secara langsung bagi meningkatkan kefahaman dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.