USAHAWAN KEREPEK HOMEMADE
Nama | : Nurhasnah |
Umur | : 61 tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Puan Nurhasnah sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan dan pembuatan makanan sejak muda lagi. Selain menghasilkan kerepek buatan sendiri dari mula hingga ke proses yang terakhir, beliau juga mahir dalam menghasilkan kuih muih tradisional seperti kuih kaswi dan aktif dalam bidang pelancongan sebagai ejen. Di samping itu, Puan Nurhasnah juga mengambil upah hiasan sarung saji makanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Rata-rata pelanggan beliau adalah penduduk komuniti sekeliling dan ingin meningkatkan lagi tahap jualan kerepek khususnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Pinggiran Delima, beliau telah makin aktif dalam penggunaan aplikasi WhatsApp bagi promosikan produk kerepek beliau secara ‘virtual’ dengan pelanggan dan berpeluang menyertai pameran jualan usahawan di bawah program advokasi. Beliau lebih mahir dalam sunting gambar produk.