CELIK IT
Nama | : Murni Mansor Bin Abdullah |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Murni Mansor Bin Abdullah merupakan pelajar sekolah rendah berusia 12 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang cergas, bijak dan rajin. Beliau amat meminati untuk mempelajari penggunaan komputer dan Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Murni Mansor amat meminati komputer tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari dan tidak tahu menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga berminat untuk mempelajari cara penggunakan komputer dan belajar apa yang boleh dilakukan menggunakan komputer. Murni Mansor telah mengikuti kelas Microsoft Word, kelas perkakas komputer dan menghasilkan kad raya menggunakan Canva.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Murni Mansor kini lebih mahir tentang alat komputer dan penggunaan aplikasi Microsoft Word. Beliau juga mahir untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik secara tidak langsung mahir dalam menaip di carian Google.com.