USAHAWAN PRODUK PENJAGAAN KECANTIKAN WAJAH
Nama | : Mohammad Aliff Najmi Bin Mazlan |
Umur | : 26 |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Mohammad Aliff Najmi sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan produk kecantikan akibat pekerjaan sedia ada yang terkesan teruk. Perniagaan ini bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan. Mohammad Aliff Najmi memulakan perniagaan sebagai dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Pendapatan bulanan Encik Aliff hanya sekitar RM40 – RM90 sahaja sebulan. Ini kerana Encik Aliff baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan beliau memerlukan bantuan untuk memajukan perniagaan beliau dengan lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Pinggiran Delima, beliau telah membuka akaun tiktok sendiri yang dapat mempromosikan produk penjagaan kulit membolehkan beliau membuat promosi secara ‘virtual’ dengan pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 450 – RM 500.