mcmc
Kisah Kejayaan

2023: CELIK IT – Muhammad Hadi Haziq Bin Muhammad Hamim

CELIK IT

Nama : Muhammad Hadi Haziq Bin Muhammad Hamim
Umur : 11 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Muhammad Hadi Haziq Bin Muhammad Hamim merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 11 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang cergas dan bijak yang berminat untuk mempelajari tentang penggunaan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hadi Haziq berminat dengan penggunaan komputer tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari dan tidak tahu menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga berminat untuk mempelajari aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Hadi Haziq telah menyertai program reka cipta daripada bahan kitar semula dan kelas Stem Dynamic Systems 2 di PEDi pada Disember 2023. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hadi Haziq kini telah tahu menggunakan aplikasi Microsoft Office secara tidak langsung kemahiran menaip beliau bertambah baik. Hadi Haziq juga mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik dengan menggunakan carian di laman sesawang Google.com dan wordwall.net.