mcmc
Kisah Kejayaan

2023: CELIK IT – Adeeb Ismail Bin Mat Fazli

CELIK IT

Nama : Adeeb Ismail Bin Mat Fazil
Umur : 10 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Adeeb Ismail Bin Mat Fazil merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 10 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang cergas dan bijak yang berminat untuk mempelajari tentang penggunaan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adeeb Ismail berminat dengan penggunaan komputer tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari dan tidak tahu menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga berminat untuk mempelajari aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Adeeb Ismail telah menyertai kelas ICT dan Microsoft Office. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adeeb Ismail kini telah tahu menggunakan aplikasi Microsoft Office secara tidak langsung kemahiran menaip beliau bertambah baik. Adeeb Ismail juga mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik dengan menggunakan carian di laman sesawang Google.com.