USAHAWAN KECIL BUNDLE
Nama | : Muhammad Asrul Bin Mohd Ramlan |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Encik Asrul buntu akibat pekerjaan sedia ada yang terkesan teruk. Perniagaan ini bermula ketika PKP 1.0 apabila Bermodalkan Bantuan Khas Covid-19, Encik Asrul memulakan perniagaan bundle, direct dari Jepun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan encik Asrul hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Ini kerana encik Asrul baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan beliau memerlukan bantuan untuk memajukan perniagaan beliau dengan lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Pinggiran Delima, beliau telah membuka akaun instagram sendiri yang dapat mempromosikan pakaian terpakai ‘bundle’ yang membolehkan beliau membuat promosi secara ‘virtual’ dengan pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1001 – RM2000.