CELIK IT
Nama | : Muhammad Amirul Atif Bin Muhd Khairuddin |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Amirul Atif Bin Muhd Khairuddin merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 10 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang cergas dan bijak. Amirul Atif juga sangat rajin dan ringan tulang dalam membantu orang lain. Beliau juga berminat untuk mempelajari tentang penggunaan komputer dan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Muhammad Amirul Atif sorang kanak-kanak yang meminati menggunakan komputer tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari dan tidak tahu menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga berminat untuk mempelajari cara penggunakan komputer dan belajar apa yang boleh dilakukan menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Muhammad Amirul Atif kini telah tahu menggunakan komputer dan menggunakan aplikasi Microsoft Office, dan beliau mahir untuk menaip di carian Google.com. Amirul Atif juga mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik.